TRONG: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak sedang mengesan ibu bapa kepada empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar, dua hari lepas.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak Nor Tipah Majin berkata pegawai pelindung JKM juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.
"Setakat ini usaha mengesan ibu bapanya sedang dijalankan termasuk ahli keluarga yang dipertanggungjawabkan menjaga kanak-kanak ini, kita akan buat siasatan lanjut secara mendalam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Perak 2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tinggi di sini hari ini.
Beliau berkata JKM juga akan menyemak segala dokumen kerana pelbagai spekulasi tentang kes ini telah dibuat dan JKM tidak mahu mengambil langkah terburu-buru dalam membuat tindakan seterusnya.
Empat kanak-kanak itu katanya juga berada dalam keadaan selamat selain telah menjalani pemeriksaan kesihatan.
Terdahulu, media melaporkan empat beradik terdiri daripada dua lelaki berusia 11 dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun ditemukan ditinggalkan di kompleks berkenaan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata maklumat berhubung kejadian itu diterima menerusi Pegawai JKM daerah pada 5.39 petang.
Menurut Hafezul Helmi berdasarkan keterangan diberikan, adik-beradik malang itu ditinggalkan di kawasan itu oleh seorang wanita menaiki sebuah kereta jenis Toyota.
Sementara itu, Nor Tipah turut berterima kasih kepada orang ramai yang berkongsikan maklumat sekali gus membolehkan pihaknya bertindak segera terhadap kes berkenaan.
"Saya lihat semua pihak di luar sana memberi tumpuan dan cakna kepada kes ini dan ia menunjukkan sikap yang amat baik masyarakat kita yang prihatin terhadap nasib yang menimpa kanak-kanak ini.
"Namun saya mohon agar diberikan ruang kepada agensi dan jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk memastikan semua hak dan kepentingan kanak-kanak ini diberi keutamaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, adik-beradik malang itu ditinggalkan di kawasan itu oleh seorang wanita menaiki sebuah kereta jenis Toyota.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Empat beradik termasuk bayi ditemui terabai, ditinggal sendirian
Pegawai JKM telah membuat siasatan segera ke lokasi kejadian dan mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut merupakan warga Rohingya serta sebelum ini sering berpindah-randah.
Dua ditahan dipercayai ibu bapa kepada 4 beradik ditinggalkan
Kedua-dua mereka dipercayai ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan pada Isnin dan Selasa.
JKM dapatkan perintah jaga empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memohon perintah sementara bagi membolehkan empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Isk
JKM Perak kesan ibu bapa empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal
Pegawai pelindung JKM juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.
Empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke JPN hari ini, kemuka salinan dokumen
Empat beradik yang didakwa dihalang ke sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan, hadir ke pejabat JPN hari ini bagi mengemukakan bukti.
Ibu diserang strok, empat beradik buntu fikir nasib menjelang Aidilfitri
Anak-anak mana yang tidak risau memikirkan penderitaan ibu yang terlantar di hospital akibat diserang angin ahmar.
Empat beradik, bapa saudara antara tujuh yang ditahan edar dadah
Dalam dua serbuan di sekitar Seberang Perai Utara polis Pulau Pinang 41.8 kg dadah jenis syabu bernilai RM1.5 juta.
4 termasuk 3 beradik ditemui lemas dihanyutkan ombak
Dalam kejadian jam 5 petang tadi, lapan individu berusia lingkungan lapan hingga 17 tahun dikatakan pergi ke pantai berkenaan untuk bermandi-manda.
4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri positif COVID-19 direman
Kesemua suspek berusia 26 hingga 31 tahun terbabit direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Empat beradik terlibat dadah antara yang ditahan AADK
Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, mereka yang berumur antara 28 dan 42 tahun itu tinggal bersama ibu dan dua kakak.